orang datang singgah

Saturday 28 January 2012

nikah khitbah



Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.


Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan " coupling " ( dulu disebut berdua2an atau merendet ) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk bercouple dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum thourndike " cuba-cuba " atau " trial and error ". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai dalam kalangan remaja pernah mengatakan, “ Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka - suka aje! ”. Ada yang berkata, " bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu! "


Isunya: “ Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal iaitu BERNIKAH!


Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “ Saya belum bekerja! ", " Saya masih belajar! ", " Mana nak cari duit buat belanja kahwin? ”, “ Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa? ”, “ Mak Ayah tak bagi! ”, “ Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah ” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja “ Kamu wajib berkhitbah! ”.


Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “ bertunang ”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata - mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang.  Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “ separuh berkahwin ”.  Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua - dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian bercoupling  berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.


Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “ akad nikah ” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya.  Di  dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “ nikah gantung ”


Jika ditukarkan nama “ nikah gantung ” tersebut kepada “ nikah khitbah ” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “ islamik ”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.


Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu.  Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila.  Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru - baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak - anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan - rancangan hiburan dan bahan - bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.


Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma.  Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu.  Atau pilihan kedua,  iaitu untuk membenarkan anak - anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan.  Walau bagaimanapun,  membenarkan anak - anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak - anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.


Ia semata - mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon,  bertemu antara pasangan walaupun ada mahram ( tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll ).  



# nak jugak boleh tak? ibu ayah kasi tak?  :D





Thursday 26 January 2012

nukilan untukmu



dulu
segala duka dikongsi bersama
segala masalah bagai dibahagi dua
segala tawar menjadi penawar duka
segala suka dikongsi bersama


kini
tidak semua duka milik bersama
tidak semua masalah dibahagi dua
bukan setiap tawa penawar duka 
diriku dirimu mula berubah
hanya sesekali kita ketawa bersama
tetapi bagai rekaan semata - mata


teman
andai dapat kau selami dasar hatiku
bukan harta bergunung yang ku inginkan
bukan dunia menjadi idaman
tetapi
cukup sekadar secebis keikhlasan dalam persahabatan

Tuesday 24 January 2012

carta hati





Friend, Love and Everything :)





I spend most of my time with those cool people.

If you're listed, then you're lucky.



Sebab bukan senang ni nak lepak sama. HAHA.



okay jom kita tengok carta Hati kita !

1. my family ( my mom and family are very important to me and I know that this is not expected )

2. nurul hidayah abdullah sani  one’s best friend is oneself )


4. farhah atikah zainuddin


6. him he loves me enough always, but most importantly - not when I need him too )
















22. HIM's family



25. sesiapa saja yang mengenali diri ini :)





Only God knows how much i miss them.
We'll find some times okay sweethearts ?



Love you all :)



Thanks for reading this boring entry.






Monday 23 January 2012

cerminan diri



tatkala kudatangi sebuah cermin
tampak sesosok yang sangat lama kukenal dan sering kulihat

namun aneh
sesungguhnya aku belum mengenali siapa yang kulihat

tatkala kutatap wajahnya
hatiku bertanya
apakah wajah ini kelak akan bercahaya dan bersinar indah di syurga sana?
ataukah wajah ini yang akan hangus legam di neraka jahanam?

tatkala kutatap matanya
nanar hatiku bertanya
mata inikah yang akan menatap penuh kelazatan dan kerinduan?
menatap Allah
menatap kekasih Allah
ataukah mata ini yang terbeliak?
melutut
menganga
terburai menatap neraka jahanam
akankah mata penuh maksiat ini akan menyelamatkan?
wahai mata
apakah gerangan yang kau tatap selama ini?

tatkala kutatap mulutnya
apakah mulut ini yang kelak akan mendesah penuh kerinduan?
mengucap lailaha illallah saat malaikat maut datang menjemput
ataukah menjadi mulut yang menganga dengan lidah terjulur?
dengan lengking jeritan pilu yang akan mencopot sendi - sendi setiap pendengar
ataukah mulut ini menjadi pemakan buah zaqum jahanam?
yang getir penghangus
penghancur setiap usus!
apakah gerangan yang engkau ucapkan wahai mulut yang malang?
berapa banyak dusta yang telah kau ucapkan?
berapa banyak hati yang remuk dengan pisau kata - katamu yang menggiris tajam?
berapa banyak kata - kata manis semanis madu yang palsu engkau ucapkan untuk menipu?
betapa jarang engkau jujur
betapa lekangnya engkau syahdu memohon agar Allah mengampunimu

tatkala kutatap tubuhnya
apakah tubuh ini kelak yang akan penuh bercahaya?
bersinar
bersukacita
bercengkerama di syurga
ataukah tubuh yang akan tercabik - cabik hancur?
mendidih di dalam lahar membara jahanam 
terpasung tanpa ampun
derita yang tak pernah berakhir
wahai tubuh
berapa banyak maksiat yang engkau lakukan?
berapa ramai orang yang engkau zalimi dengan tubuhmu?
berapa ramai hamba Allah yang engkau tindas dengan kekuatanmu?
berapa ramai perindu pertolongan yang engkau acuhkan tanpa peduli padahal engkau mampu?
berapa banyak hak - hak yang engkau rampas?
ketika kutatap hai tubuh
seperti apa gerangan isi hatimu?
apakah isi hatimu sebagus tutur bicaramu?
atau sekotor daki - daki yang melekat di tubuhmu?
apakah hatimu segagah ototmu?
atau selemah daun - daun yang mudah rontok?
apakah hatimu seindah penampilanmu?
ataukah sebusuk kotoranmu?

betapa beza
apa yang tampak dan apa yang tersembunyi
aku telah tertipu

aku telah tertipu oleh topeng
betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng
betapa pujian yang terhambur hanyalah memuji topeng
sedangkan aku
hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus
aku tertipu
aku malu, Ya Allah

Allah
selamatkan aku
amin ya Rabbal alamin 

10 nasihat untuk yang sedang bercinta



Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang sedang bercinta :




1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin ‘si dia’ mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber’dating’, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.




Sunday 22 January 2012

hidup terlalu singkat untuk membenci


ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. masih terngiang - ngiang segala kata. masih terbayang semua tingkah laku dan perlakuan. wajah ' orang - orang bersalah ' itu terasa begitu menjengkelkan. memberi maaf kepada mereka seolah - olah menggadaikan harga diri. ah, apakah maruah terlalu murah untuk disorong tarik dengan harga yang rendah? dan cukup sakit, apabila mengenangkan ' musuh - musuh ' itu tersenyum dengan kemenangan.



namun, itu hanya bisik hati besarku. yang melantunkan suara ego dan marah. kesat dan kesumat. tetapi jauh dari dalam diri ada suara lain yang bergetar. hati kecil yang tidak jemu - jemu mengingatkan. suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. bisik telus yang meredakan amukan rasa. maafkan, lupakan, cintai, sayangi. berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. begitu bisik hati kecil  itu selalu.



'' tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. nescaya engkau akan mendapato musuhmu akan menjadi seolah - olah saudara ''



wahai diri, api jangan dilawan dengan api. nanti bakarnya akan membakar diri sendiri. menyimpan dendam sama seperti membina gunung berapi di dalam hati. semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. musuh- musuhmu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa. 

Thursday 19 January 2012

menang atau kalah?

assalamualaikum
a simple entry untuk hari ni.
ehem ehem. ok. nak bagu tahu kat sini, i ada sorang kawan ni.
in fact, kawan baik lah. hehe.
dia study kat IPG kampus ipoh. ok. dekat dengan rumah i. tapi kami jarang jumpa.
nevermind then. hehe.



see? nama dia ahmad syahir mohd yassin.
ok. dia syahir, i syahirah. hewhew!
err. sem ni dia bertanding dalam pilihanraya kampus.
untuk jawatan naib exco kolej kediaman.
dapat tahu pun bukan dari mulut dia. tahu sebab stalker efbee dia. tak malu kan i? huhu.
since i dapat tahu, memang sokong gila lah. sebab i tahu dia layak.

then semangat buat ni.



huhu. saja expose kat efbee. bagi dia berbunga - bunga.
ok. dia perasan. tu pun sebab kawan i tag nama dia.
then, komen and like di situ.
haha. I LIKE IT MOREEEEEEE.

dia text cakap ' tengss bagi semangat bla bla bla .... '


haha. then, hari ni hari pilihanraya ni.
pagi tadi sempat wish best of luck kat dia.

petang pulak dia text cakap dia kalah 9 undi.
siap update status efbee lagi. 




huhu. nevermind u. semua ni ada hikmah kan? 
u kuat, i tahu. hehe. 

nak jadi pemimpin bukan senang tawuk?
mungkin u tak sedia lagi untuk semua tu. 

seorang pemimpin sejati adalah seorang pemimpin yang ada rahmat ( kasih sayang ) di dalam jiwanya.
ada taman nan wangi dalam rohaninya. 
sanubarinya hanya menginginkan kesejahteraan dan keselesaan orang - orang yang berada di bawah tanggunganny. 

tanda pemimpin yang ada rahmat di dalam jiwanya ialah dia tidak mahu menyusahkan tanggungan, pengikut atau rakyatnya.

andainya : 

* andai dia seorang suami, dia tidak akan menyusahkan dan membebankan isterinya.
* andai dia seorang ayah, dia tidak akan menyusahkan dan membebankan anak - anaknya.
* andai dia seorang imam, dia tidak akan menyusahkan para makmumnya.
* andai dia seorang guru, dia tidak akan menyusahkan dan membebankan para pelajarnya.
*andai dia seorang ketua, dia tidak akan menyusahkan dan membebankan para pengikutnya.
* andai dia seorang bos, dia tidak akan menyusahkan dan membebankan stafny. 

kenapa? 

kerana kesedaran yang sentiasa basah dalam benak fikirannya. 
kerana keinsafan yang sentiasa hangat dalam lipatan hatinya. 

kesedaran dan keinsafan yang bersumberkan doa dan hadis Nabi saw. 

kesedaran bahawa dalam kehidupan ini adanya hukum bayar tunai.
keinsafan bahawa yang baik akan dibalas kebaikan manakala yang jahat akan dibalas dengan kejahatan juga di dunia mahupun di akhirat kelak.

see? bukan senang kan u?
mungkin Allah tahu kamu tak sedia lagi. 
bagi i, u bukan kalah tapi u belum menang lagi. 
i selalu sokong u ok? :)






Wednesday 18 January 2012

16 januari



assalamualaikum
sepatutnya nak buat entry ni 2 hari lepas
tapi busy. ahaa. busy lh sangat
ok. jujur kata ni, macam - macam rasa ni
yang paling tak suka, sedih!



ok. dah setahun. :'(

kalau setahun yang lalu, u lah orang yg paling bermakna, tapi hari ini, i cuba untuk jadikan u bukan orangnya.

kalau setahun yang lalu, u adalah orang yang i sayang, tapi hari ini, i cuba untuk tak sayang u.

kalau setahun yang lalu, i selalu ingatkan u, tapi hari ini, i cuba lupakan u.

kalau setahun yang lalu, u barsama dengan i, tp hari ini, u dah bersama si dia.

kalau setahun yang lalu, i tetap percaye u tak ada yang lain, tapi hari ini, i terima hakikat memang u dah ada yang lain .

kalau setahun yang lalu, i rasa bahagia, tapi hari ini, hati ini sedang bersedih.

kalau setahun yang lalu, i berdoa u lah yang terakhir, tapi hari ini, i berdoa i akan jumpa yang lebih baik dari u.

semua ni i buat semata - mata untuk lupakan u.




pernah dengar ayat ni tak : once you break someone's heart, Allah will pay you double.
tapi i tak nak jadi kat u. biar i sorang je rasa.

SEKUAT mana saya SETIA.
SEHEBAT mana saya MERANCANG.
SELAMA mana saya MENUNGGU.
SEKERAS mana saya BERSABAR.
SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK.

jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama, kita tetap tidak akan bersama dan sebaik - baik yang merancang itu ialah Allah s.w.t :)

i wish i could have a delete button to remove some unnecessary memory in my life. the selected items will be permanently removed by click yes to proceed. i will click yes with no doubt! i just want to save the good one for sure.

u. i harap dia pilihan yang terbaik untuk u. u jangan layan dia macam u layan i. tak semua perempuan boleh sabar. harapan i, plis jaga diri u baik - baik. harap u dapat apa yang u nak. moga yang terbaik milik u. i percaya pada jodoh yang Allah tetapkan. aaaamin~

pengajaran : kalau nak sayang seseorang / sesuatu, jangan sayang sangat. takut kalau - kalau orang / benda yang kita sayang sangat tu bertukar jadi orang / benda yang kita tersangat lh benci. kalau nak benci pun jangan benci sangat. takut yang kita benci tu lah jadi seseorang / sesuatu yang kita sayang sangat.

special for : mine mickey :')






Tuesday 17 January 2012

untukmu WANITA

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian... semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.




yang muda dan yang tua

anak muda dan warga tua, setiap kelompok daripada keduanya memiliki apa yang tidak dimiliki oleh kelompok yang satu lagi. anak muda memiliki semangat, kesungguhan pada mendapatkan sesuatu, tubuh badan yang sihat bertenaga serta daya responsif yang optimum. pun begitu mereka harus akur dengan beberapa kelemahan yang ada. kelemahan yang bukan disengajakan, tetapi dek perjalanan hidup yang belum panjang untuk sampai kepada memilikinya.

itulah pengalaman.

anak muda kurang pengalaman. sedangkan perngalaman adalah guru yang berbeza  berbanding ilmu. jika ilmu mengajar manusia menjadi alim ( berilmu ), pengalaman membentuk manusia menjadi hakim ( bijaksana ).

di dalam al - quran, Allah s.w.t sering menggabungkan nama-Nya ALEEM dengan HAKEEM. seandainya kombinasi ini mahu diteladani oleh manusia, ia mengajar kepada kita bahawa berilmu sahaja tidak memadai. kesarjanan bukan menjamin untuk bertindak tepat kerana apa yang harus datang sama adalah hikmah kebijaksanaan. ilmu menganugerahkan kesarjanan, masa dan pengalaman menganugerahkan hikmah kebijaksanaan.

itulah kekurangan anak muda. masa belum banyak memberikan pengalaman hidup, dan ilmu yang ada masih belum dimatangkan dengan pengalaman yang perlu.

berbeza dengan yang tua yang lebih dewasa. mereka menempuh dan menyaksikan pelbagai kitar usia manusia. banyak peristiwa yang berlaku dan percubaan demi percubaan yang pernah diambil di sepanjang perjalanan hidup telah pun sampai dilangsaikan dan semua itu menajamkan pemerhatian serta pandangan orang tua.

justeru, bagi anak muda, berdampinglah dengan orang tua. bertalaqqilah kalian menadah pengalaman mereka. minta nasihat dan bimbingan mereka, sabarkan diri dengan karenah mereka.

manakala bagi yang telan tua ditelan usia, jangan dibawa pengalaman ke kubur tanpa tinggalan, berdampinglah dengan anak muda. jangan lokek berkongsi pengalaman dengan mereka. betulkan silap mereka, tunjukkan potensi mereka. dalam semua itu, sabarkan diri dengan karenah mereka.

jangan pula dimatikan potensi mereka.




Seorang lawa, seorang buruk.
Seorang tinggi, seorang rendah.
Seorang kurus, seorang gemuk.
Seorang cerah, seorang gelap.


Kenapa sibuk mencari keburukan? Carilah kebaikan pasangan kita.


DULU vs SEKARANG

Pasangan zaman dahulu, sampai tinggal rangka pun masih bersama. Tetapi pasangan sekarang ni, bagaimana cantik dan kacaknya pasangan masing – masing pun, ia masih tidak menjamin kestabilan sesebuah hubungan itu apatah lagi untuk berkekalan hinggan ke akhir usia. Zaman dahulu, kurang ketahanan masih boleh bertahan kerana ruang dan ‘ kebolehan ’ kemudahan untuk mempengaruhi itu juga adalan kurang. Ia jelas berbeza dengan zaman sekarang. Kurang ketahanan jiwa dan daya motivasi positif, akan lebih memberikan ancaman kepada kestabilan diri, pasangan dan hubungan kerana persekitaran sekarang ini amat berpengaruh dan segala – galanya begitu sempurna untuk mengancam jiwa kita. Golongan intelek juga sangat ramai berbanding dengan zaman dahulu. Setiap hari setiap orang akan cuba tampil untuk memberikan persaingan dalam kehidupan. Oleh sebab itu, amat penting untuk kita semua bersikap tenang, berfikir dan memberikan fokus kepada hal – hal lain yang lebih mendatangkan manfaat.


TIDAK MENDATANGKAN FAEDAH

Lebih buruk lagi ialah sikap suka mencungkil buruk pasangan itu tidak akan membawa ke mana – mana. Walaupun kita mengiakan apa yang terlihat, namun apabila hati masih terus mengesyaki sesuatu, ia tetap akan mendorong seseorang itu untuk terus mencungkil rahsia pasangannya. Percayalah, tidak akan untung apa – apa. Kita cuma akan bergaduh dan merosakkan kepercayaan serta rasa selesa pasangan terhadap diri kita. Mengapa ita mahu mencungkil keburukan pasangan yang jelas – jelas tidak mendatangkan faedah? Sebab itu dalam Islam tidak membuka jalan untuk penganutnya mengintai – ngintai perkara yang tersembunyi dalam diri seseorang.


BERBINCANG DAN BERSYUKURLAH

Hubungan kita musnah hanya kerana salah, buruk, jahat yang dicari. Setiap orang pasti ada buruknya. Kalau kita cari pasti kita akan jumpa. Tetapi fikirlah, nak buat apa kita cari yang buruk tu? Apa manfaatnya? Masalah sebegini berlaku adalah disebabkan oleh rasa bosan kita dalam menjalani kehidupan seharian bersama pasangan. Masalah bosan seperti ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan perbincangan dan keterbukaan. Pasti ada sesuatu sebab yang menyebabkan keadaan dulu tidak lagi dapat dilakukan sekarang.


MUHASABAHLAH

Selain itu, sifat suka mencungkil buruk pasangan itu berlaku disebabkan masalah keimanan yang meruncing dalam diri kita. Barangkali ada ibadah kita yang tak ‘ skor A ‘. Mungkin solat yang kita buat setiap hari sudah susut nilai dan kualitinya. Bermuhasabahlah. Itulah jalan yang terbaik. Mulakan kesempurnaaan amal kita itu dengan mencari keredhaan Allah dan buangkan setiap perbuatan yang kurang menyenangkan pasangan. Ini lah pegangan yang perlu ada dalam setiap hubungan. Apa salahnya kita menfokuskan kepada hidup mencari iman dan keredhaan Allah daripada mencari buruk dan salah masing – masing. Hiduplah dengan tenang dan aman. Jiwa itu perlulah selamat dan sejahtera daripada sifat bosan menjalankan ketaatan dan tanggungjawab dalam kehidupan ini.