orang datang singgah

Wednesday 1 February 2012

hari kekasih



menjelang bulan Febuari, pasti ramai anak – anak muda yang yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar meraikan ketibaan hari kekasih atau valentine day yang jatuh pada tanggal 14 feb. Bahangnya makin terasa. Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan hari kekasih ini. Bukan itu saja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masng – masing.


Namun begitu, dalam sedar mahupun tidak, kita boleh lihat bukan saja masyarakat bukan Islam yang menyambut hari kekasih, malah umat Islam juga turut sama meraikan perayaaan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam.



Tindakan Penjesalan

Bagi membina kekuatan dalaman remaja Islam hari ini serta menghindarkan mereka daripada terus menerus terjebak dalam unsur kurang sihat seperti hari kekasih adalah dengan mengukuhkan keilmuan dan keimanan. penjelasan berkenaan larangan menyambut hari kekasih perlulah diwar - warkan kepada seluruh umat islam khususnya remaja agar mereka paham apa sebenarnya erti disebalik hari kekasih. antara alasan yang lazim didengari daripada remaja sekarang ini ialah menyambut hari kekasih secara tidak berlebihan, menyambutnya dengan menghantar kiriman SMS atau menghadiahkan sekuntum bunga sebagai tanda cinta. tetapi, mengapa tidak dilakukan pada hari - hari biasa?  


selain itu, bukan masalah besar atau kecil hadiah yang menjadi persoalan. pokok pangkalnya adalah niat.



menurut sumber sejarah, hari kekasih telah menjadi acara keagamaan buat penganut kristian. apakah kita sebagai umat Islam ingin tergolong dalam golongan penganut kristian?


setiap kasih dan sayang yang ditetapkan oleh Islam tidak seharusnya disalahgunakan bagi memenuhi kehendak peribadi sesuatu pihak. ia perlulah digunakan dalam suasana yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dan boleh diterima pakai oleh masyarakat umum.


pengetahuan merupakan perkara yang penting dalam hidup supaya kita tidak mudah ditipu dan dipengaruhi oleh anasir - anasir luar yang boleh membinasakan diri kita. jika ceteknya ilmu pengetahuan, maka benteng keimanan seseorang Muslim itu mudah rapuh sekali gus akan hilanglah jati diri dalam kalangan remaja Muslim.




No comments:

Post a Comment