orang datang singgah

Wednesday 28 December 2011

surat tidak rasmi untuk awak :)

Encik Jodoh Bin Takdir
No 24434 Jalan Cinta
Taman Kasih Sayang
Negara Temu Jodoh
5 Sept 2011

salam awak,

Malam ni saya tak dapat tidur. Cik Lena saya entah hilang kemana. Jadi apa salahnya saya tulis surat ini untuk awak. Walaupun saya tak tahu sama ada perlu atau tak saya jalan kaki dari ipoh ke australia naik bas pergi korea sampai lapangan terbang ambik flight ke colombia jumpa post laju minta baju dan kenderaan dia pulang ke ipoh dan letak surat ni depan rumah awak dengan harapan isi surat ni akan sampai kepada awak. Saya tahu awak tak kan baca tapi saya degil jugak nak tulis! noktah. :)

Awak, ini mengenai soal hati. soal perasaan. Saya tak tahu bagaimana nak mulakan, tapi yang pasti saya mahu  awak jodoh yang terbaik buat saya sampai kehari tua dan takdir akan membawa kita bersama membina satu masjid indah suatu hari nanti. Ada wajah awak. Ada tawa awak. Ada usikan awak. Ada gila-gila awak. Pasti bahagia nanti kan? Insyaallah. Andai awak yang mampu merubah senyum koyak ini kepada senyum bahagia kenapa tidak?

seabad lamanya kita berkenalan, saya ketatkan simpulan cinta dihati selagi boleh. Saya tak terlalu kisah seperti sekarang ni. Saya tak terlalu runsing seperti sekarang ni. Untuk sesuatu yang tak pernah saya fikirkan kini menjadi isu utama di otak. Untuk sesuatu yang tak mungkin menjadi nyata kini berada di depan mata. Andainya mampu saya katakan sesuatu itu ialah awak pasti sudah lama kita bersama. Gila tapi cukup indah.

Bila awak ke utara, saya ke selatan. Kadang-kala saya juga tidak tahu puncanya. Mungkin ini namanya proses sepefahaman. Tapi saya harap suatu hari kita sama-sama dapat berada di timur untuk melihat matahari terbit. Saya pasti masa itu kita sudah selari.

Harapan saya semoga awak dapat menerima saya seadanya. Andai awak jodoh saya biarlah takdir menyatukan kita. Andai awak milik saya biarlah hati menjadi satu. Andai awak disyurga nanti biarlah saya menjadi bidadari awak. Jangan jadikan kata-kata awak sebagai gula getah yang dicampak ke longkang. Ia pasti mengundang pencemaran alam.

Semoga Allah memberkati dan meredhai kita berdua

Oleh itu, saya simpulkan dalam tiga patah perkataan, 'saya sayang awak'

Yang Benar
Tulang rusuk awak sebelah lagi.

7 comments: