orang datang singgah

Tuesday 17 January 2012

yang muda dan yang tua

anak muda dan warga tua, setiap kelompok daripada keduanya memiliki apa yang tidak dimiliki oleh kelompok yang satu lagi. anak muda memiliki semangat, kesungguhan pada mendapatkan sesuatu, tubuh badan yang sihat bertenaga serta daya responsif yang optimum. pun begitu mereka harus akur dengan beberapa kelemahan yang ada. kelemahan yang bukan disengajakan, tetapi dek perjalanan hidup yang belum panjang untuk sampai kepada memilikinya.

itulah pengalaman.

anak muda kurang pengalaman. sedangkan perngalaman adalah guru yang berbeza  berbanding ilmu. jika ilmu mengajar manusia menjadi alim ( berilmu ), pengalaman membentuk manusia menjadi hakim ( bijaksana ).

di dalam al - quran, Allah s.w.t sering menggabungkan nama-Nya ALEEM dengan HAKEEM. seandainya kombinasi ini mahu diteladani oleh manusia, ia mengajar kepada kita bahawa berilmu sahaja tidak memadai. kesarjanan bukan menjamin untuk bertindak tepat kerana apa yang harus datang sama adalah hikmah kebijaksanaan. ilmu menganugerahkan kesarjanan, masa dan pengalaman menganugerahkan hikmah kebijaksanaan.

itulah kekurangan anak muda. masa belum banyak memberikan pengalaman hidup, dan ilmu yang ada masih belum dimatangkan dengan pengalaman yang perlu.

berbeza dengan yang tua yang lebih dewasa. mereka menempuh dan menyaksikan pelbagai kitar usia manusia. banyak peristiwa yang berlaku dan percubaan demi percubaan yang pernah diambil di sepanjang perjalanan hidup telah pun sampai dilangsaikan dan semua itu menajamkan pemerhatian serta pandangan orang tua.

justeru, bagi anak muda, berdampinglah dengan orang tua. bertalaqqilah kalian menadah pengalaman mereka. minta nasihat dan bimbingan mereka, sabarkan diri dengan karenah mereka.

manakala bagi yang telan tua ditelan usia, jangan dibawa pengalaman ke kubur tanpa tinggalan, berdampinglah dengan anak muda. jangan lokek berkongsi pengalaman dengan mereka. betulkan silap mereka, tunjukkan potensi mereka. dalam semua itu, sabarkan diri dengan karenah mereka.

jangan pula dimatikan potensi mereka.




No comments:

Post a Comment