orang datang singgah

Tuesday 17 January 2012

Seorang lawa, seorang buruk.
Seorang tinggi, seorang rendah.
Seorang kurus, seorang gemuk.
Seorang cerah, seorang gelap.


Kenapa sibuk mencari keburukan? Carilah kebaikan pasangan kita.


DULU vs SEKARANG

Pasangan zaman dahulu, sampai tinggal rangka pun masih bersama. Tetapi pasangan sekarang ni, bagaimana cantik dan kacaknya pasangan masing – masing pun, ia masih tidak menjamin kestabilan sesebuah hubungan itu apatah lagi untuk berkekalan hinggan ke akhir usia. Zaman dahulu, kurang ketahanan masih boleh bertahan kerana ruang dan ‘ kebolehan ’ kemudahan untuk mempengaruhi itu juga adalan kurang. Ia jelas berbeza dengan zaman sekarang. Kurang ketahanan jiwa dan daya motivasi positif, akan lebih memberikan ancaman kepada kestabilan diri, pasangan dan hubungan kerana persekitaran sekarang ini amat berpengaruh dan segala – galanya begitu sempurna untuk mengancam jiwa kita. Golongan intelek juga sangat ramai berbanding dengan zaman dahulu. Setiap hari setiap orang akan cuba tampil untuk memberikan persaingan dalam kehidupan. Oleh sebab itu, amat penting untuk kita semua bersikap tenang, berfikir dan memberikan fokus kepada hal – hal lain yang lebih mendatangkan manfaat.


TIDAK MENDATANGKAN FAEDAH

Lebih buruk lagi ialah sikap suka mencungkil buruk pasangan itu tidak akan membawa ke mana – mana. Walaupun kita mengiakan apa yang terlihat, namun apabila hati masih terus mengesyaki sesuatu, ia tetap akan mendorong seseorang itu untuk terus mencungkil rahsia pasangannya. Percayalah, tidak akan untung apa – apa. Kita cuma akan bergaduh dan merosakkan kepercayaan serta rasa selesa pasangan terhadap diri kita. Mengapa ita mahu mencungkil keburukan pasangan yang jelas – jelas tidak mendatangkan faedah? Sebab itu dalam Islam tidak membuka jalan untuk penganutnya mengintai – ngintai perkara yang tersembunyi dalam diri seseorang.


BERBINCANG DAN BERSYUKURLAH

Hubungan kita musnah hanya kerana salah, buruk, jahat yang dicari. Setiap orang pasti ada buruknya. Kalau kita cari pasti kita akan jumpa. Tetapi fikirlah, nak buat apa kita cari yang buruk tu? Apa manfaatnya? Masalah sebegini berlaku adalah disebabkan oleh rasa bosan kita dalam menjalani kehidupan seharian bersama pasangan. Masalah bosan seperti ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan perbincangan dan keterbukaan. Pasti ada sesuatu sebab yang menyebabkan keadaan dulu tidak lagi dapat dilakukan sekarang.


MUHASABAHLAH

Selain itu, sifat suka mencungkil buruk pasangan itu berlaku disebabkan masalah keimanan yang meruncing dalam diri kita. Barangkali ada ibadah kita yang tak ‘ skor A ‘. Mungkin solat yang kita buat setiap hari sudah susut nilai dan kualitinya. Bermuhasabahlah. Itulah jalan yang terbaik. Mulakan kesempurnaaan amal kita itu dengan mencari keredhaan Allah dan buangkan setiap perbuatan yang kurang menyenangkan pasangan. Ini lah pegangan yang perlu ada dalam setiap hubungan. Apa salahnya kita menfokuskan kepada hidup mencari iman dan keredhaan Allah daripada mencari buruk dan salah masing – masing. Hiduplah dengan tenang dan aman. Jiwa itu perlulah selamat dan sejahtera daripada sifat bosan menjalankan ketaatan dan tanggungjawab dalam kehidupan ini. 






 

No comments:

Post a Comment